Tindakan PKR menerima permohonan keahlian bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, yang kini sah menjadi ahli PKR Cabang Ampang, dipandang serius.
Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Rosni Zahari berkata langkah itu bercanggah dengan pendirian rasmi UMNO yang menolak kemasukan ahli parti rakan Kerajaan Perpaduan secara sewenang-wenangnya kerana dikhuatiri menjejaskan keharmonian gabungan.















