Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Mayat seorang remaja ditemui terapung dalam Tasik Putrahaya berhampiran sebuah restoran makanan segera di Presint 2, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, mayat remaja lelaki berusia 17 tahun itu disedari orang awam, kira-kira jam 7.50 pagi.

Katanya, mayat tersebut dibawa ke tebing oleh saksi kejadian.

“Saksi yang sedang melalui kawasan itu kemudian berenang dan menarik mayat berkenaan ke tebing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), setakat ini.

Tambah beliau, mayat remaja itu dibawa ke Bahagian Patologi, Hospital Putrajaya, untuk bedah siasat. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Okay. So sekarang ni, apa update terbaru untuk kes ni?
    Macam fishy (no pun intended) je senyap macam tu. Last story update kes ni was 6 days ago.
    Ada apa2 cover-up ke pasal kes ni? Tau lah sekarang ni tengah kecoh pasal kes anak Rafizi ngan kes buli budak sekolah kat Sabah tu.
    Malaysia’s going cowboy, folks.

Comments are closed.