Anuar.

KEPALA BATAS – Kertas siasatan berhubung insiden memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah kedai perkakasan di Bertam di sini, akan dirujuk ke Putrajaya untuk mendapatkan arahan lanjut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, dokumen siasatan itu telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Pulau Pinang pada jam 2.30 petang, hari ini.

“Selepas semakan awal dilakukan, TPR meminta kertas siasatan ditinggalkan untuk tujuan penelitian sebelum ia akan dirujuk ke Putrajaya bagi mendapatkan arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman berkata, siasatan telah selesai dan pihaknya kini menunggu arahan seterusnya daripada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

ARTIKEL BERKAITAN

Kertas siasatan kes bendera terbalik sudah serah pada DPP – Polis

Terdahulu, Anuar mengesahkan seramai 10 individu termasuk pemilik kedai berusia 59 tahun diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Bagaimanapun, pemilik kedai yang ditahan pada Sabtu lalu itu dibebaskan dengan jaminan polis petang semalam,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast