Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Leong Kam Chin

KUANTAN – Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dikenali Leong Kam Chin yang berusia 62 tahun.

Menerusi kenyataan HTAA, pesakit itu beralamat di Taman Lee Man, Raub dan di Rumah Murah Gambang, di sini.

“Adalah dimaklumkan bahawa pihak HTAA sedang mencari waris pesakit ini.

“Sehubungan itu, ahli keluarga atau orang ramai yang mengenali beliau bolehlah menghubungi pihak kami di talian 09-5572046 atau 09-5572285 untuk urusan selanjutnya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast