Home Utama Wanita bersenjata pisau mengamuk, serang orang awam di Kajang

Wanita bersenjata pisau mengamuk, serang orang awam di Kajang

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial rakaman video seorang wanita dikatakan bertindak menyerang orang awam di sebuah persimpangan lampu isyarat di Kajang dekat sini hari ini.

Video berdurasi dua minit 49 saat itu menunjukkan suspek melanggar sebuah motosikal sebelum keluar dari kenderaannya lalu menyerang beberapa individu.

Wanita berkenaan dilihat cuba menikam beberapa orang dan sempat mencederakan seorang penunggang motosikal.

Kekecohan itu turut menyaksikan orang awam cuba menghalang tindakan suspek yang kemudian melarikan diri ke dalam sebuah pusat beli-belah berhampiran.

Bagaimanapun, dua orang awam berjaya menangkap wanita terbabit dan merampas pisau yang dipegangnya.

Rakaman kejadian dimuat naik oleh pelayar media sosial, MR J di akaun Facebook miliknya sehingga mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Setakat ini, punca kejadian masih belum diketahui dan pihak media masih menunggu kenyataan rasmi daripada polis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast