Allahyarham Zara Qairina Mahathir

KUALA LUMPUR – Polis menasihati para peserta Himpunan Solidariti Justice For Zara Qairina anjuran Pas malam ini dan satu lagi esok supaya mematuhi undang-undang.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, pihaknya juga memberi amaran tindakan serta merta akan dibuat sekiranya ada peserta melanggar undang-undang.

“Jangan ambil tindakan di luar undang-undang, tak mematuhi arahan akan ambil tindakan serta merta,” katanya hari ini.

Menurut beliau, PDRM akan memudahcara peserta-peserta perhimpunan mengikut peruntukan undang-undang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pula berkata, pihaknya mengarahkan 40 ahli ditugaskan memantau perhimpunan itu.

“PDRM akan membuat pemantauan dengan menempatkan anggota keselamatan di sepanjang perhimpunan berlangsung,” ujarnya.

Dalam pada itu, pihaknya juga tidak akan menutup atau membuat lencongan jalan raya di sekitar Kawasan pusat beli-belah Sogo.

Malam ini Pas Wilayah Persekutuan mengajak ahli-ahlinya dan orang ramai menghadiri Himpunan Solidariti#Justice For Zara Qairina dengan majlis bacaan Yasin di hadapan Sogo. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast