JAKARTA – Kira-kira 365 orang pelajar mengalami sakit perut di sebuah bandar di Indonesia selepas makan tengah hari di sekolah, keracunan makanan terbesar yang melanda program makan percuma Presiden Prabowo Subianto setakat ini.
Makanan telah digantung buat sementara waktu di Sragen, di Jawa tengah, kerana sampel makanan sedang diuji untuk pencemaran, kata pihak berkuasa tempatan.
Program yang menelan belanja dianggarkan AS$28bn bagi memenuhi janji kempen presiden untuk memerangi masalah tumbesaran di negara itu.
Tetapi ia telah dibelenggu oleh rentetan keracunan makanan, serta kritikan harganya yang tinggi telah memberi tekanan besar kepada kewangan kerajaan – dengan beberapa kementerian telah dipotong belanjawan mereka.
Para pelajar dikatakan mengalami cirit-birit dan sakit kepala selepas mengambil hildangan nasi kunyit, telur hancur,tempe goreng, timun dan sekotak susu.
Semua makanan itu disediakan di dapur berpusat dan diedarkan di beberapa sekolah di bandar.
Tempo Indonesia melaporkan pemimpin kerajaan bandar itu sedang menyiasat kes tersebut.
“Kami tidak boleh membuat sebarang kesimpulan,” ujarnya sambal menyatakan program makanan percuma itu perlu dipantau lebih ketat. – Agensi
















