Gambar keadaan bahagian bawah bendera yang tercabut sehingga ia berkibar dalam keadaan terbalik di sebuah kilang di Batu Berendam, Melaka, semalam.

MELAKA – Insiden tular kes Bendera Malaysia dipasang terbalik di sebuah kilang di Batu Berendam, Melaka semalam sebenarnya berpunca akibat ditiup angin, tercabut dan berkibar dalam keadaan terbalik.

Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halim berkata, ia selepas beliau melihat sendiri rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) kilang terbabit yang jelas menunjukkan keadaan sebenar.

ADUN Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.

“Saya dah tengok rakaman CCTV Texas Instruments Melaka, yang mana sebenarnya bahagian bawahnya yang diikat pada tiang dah terlorot, tersangkut dan terbalik.

“Lepas terbalik, ia berkibar dan masa inilah Bendera Kebangsaan diambil gambar sebelum ditularkan sedangkan sebenarnya ia terlorot,” katanya menerusi video berdurasi 52 saat yang dimuat naik di Facebook (FB) rasminya semalam.

Gambar yang tular

Menerusi penjelasan itu, Mohd Noor Helmy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut menunjukkan video dari CCTV kilang berkenaan bertarikh 17 Ogos.

Ia kemudian mendapat pelbagai reaksi masyarakat yang menganggap kes terbabit selesai kerana bukan kesalahan sengaja dilakukan individu yang memasang bendera terbabit.

Malah, pemerhatian di ruang komen status lain turut mendapati pihak kilang telah menjelaskan perkara sama beserta bukti menunjukkan Jalur Gemilang berkenaan dipasang dengan betul. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Tiap tahun kita pasang bender, hujung bahgian bintang biasanya sudah dijahit mati, baru boleh cook dgn kayu utk tiang supaya tak merolot, cuma bahgian bawah kita ikat. Lpas ikat biasanya orang akan rasa gembira Dan mempastikan semuanya elok. Jadi isu terbalik tu rasanya memang segaja, tiada sifat ke warganegara, besifat jahat dan Lebih patut disifatkan sebagai BODOH.

Comments are closed.