KUALA LUMPUR – Penyerang Armed Forces FC, Hadi Mohamad membuktikan dirinya selaku penggempur yang perlu diberikan perhatian setelah meledak lima gol selepas mengharungi tiga perlawanan dalam saingan Liga A1 Semi-Pro 2025/2026.
Dua gol pada aksi berdepan Bunga Raya FC, satu gol ketika membantu kemenangan ke atas Imigresen FC II sebelum sekali lagi memcetak nama selaku penjaring dua gol ketika menentang Wan Tendong Stable (WTS) FC, Hadi kini mengetuai senarai penjaring terbanyak gol setakat ini.
Lebih mesra dengan panggilan ‘Hadi Messi’, bekas pemain MUFT dan Melaka FC musim lalu ini dilihat antara calon utama merebut gelaran Kasut Emas musim 2025/2026.
“Rakan sepasukan Hadi, Hairul Iqmal dan pertahanan WTS FC, Ahmad Nazri turun berada di kedudukan kedua senarai penjaring dengan meledak dua gol.
“Ketua pasukan Manjung City FC, Syamin Baharuddin turut mencipta nama selaku penjaring gol pertama Liga A1 Semi-Pro 2025/2026 pada minit ke-66 ketika menentang Imigresen FC II,” menurut hantaran Facebook Amatuer Football League, hari ini. – MalaysiaGazette
















