Keadaan lori muatan telur selepas merempuh bahagian belakang lori 10 tan yang mengangkut tembikai di KM198.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Kamunting, awal pagi tadi. 

IPOH – Seorang pemandu maut selepas lori membawa muatan telur yang dipandunya melanggar belakang lori mengangkut tembikai dalam kejadian di KM198.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Kamunting, awal pagi tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata, bomba menerima panggilan pada 5.18 pagi dan sepasukan 16 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Anggota melaksanakan kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan telescopic bagi membuat renggangan dan pemotong hidraulik untuk buat potongan pada bahagian lori,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa lelaki berusia 32 tahun berjaya dibawa keluar dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada 6.52 pagi. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast