Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan 18 jenis bantuan persekolahan yang terdiri daripada lima jenis Bantuan Persekolahan Umum dan 13 jenis Bantuan Persekolahan Khusus. Bantuan Persekolahan Umum diberikan kepada sekolah bagi membiayai aktiviti sekolah dan Bantuan Persekolahan Khusus diberikan kepada murid tertakluk kepada kriteria dan juga syarat kelayakan yang ditetapkan bagi setiap jenis bantuan.















