Gambar hiasan Jalur Gemilang

KUALA LUMPUR – Sebuah klinik pergigian swasta di Pontian, Johor diarah tutup 30 hari selepas didapati mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik, Rabu lalu sehingga tular di media sosial.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian (MPPn), Abd Azim Shamsuddin, premis berkenaan didapati melanggar Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Perniagaan dan Perdagangan Majlis Daerah Pontian (MDP) 2019 di bawah berkaitan pengibaran bendera.

Sehubungan itu menurut beliau, notis penutupan diserahkan kepada pemilik premis yang terletak di Pusat Perdagangan Pontian,  jam 8.20 pagi, hari ini.

“Setiap premis yang dilesenkan di bawah UUK diwajibkan mengibar Jalur Gemilang atau bendera negeri Johor dengan cara dan kaedah betul bagi tempoh tertentu, termasuk sempena bulan kemerdekaan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast