Amin Idris

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas, Amin Idris menegaskan, adalah hak negeri Terengganu untuk buat undang-undang ke atas mereka yang ‘enggan’ solat Jumaat.

Personaliti televisyen terkenal itu menjelaskan, ia diperuntukkan dalam Jadual Ke-9 Perlembagaan Persekutuan (Bidang Kuasa Negeri).

Justeru dia mempersoalkan kenapa bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) myBurgerLab, Andrew Chong yang telah dipecat hendak menyibuk dalam hal itu.

“Jika dulu Nabil, Radin & Pak Azad sampai ke Batu Caves untuk memohon maaf kerana dikatakan tidak sensitif kepada penganut agama Hindu, apakata Andrew Chong dibawa ke Masjid Negara memohon maaf kepada umat Islam Malaysia? Setuju?

And to myBurgerLab, we know your former COO have a large share in the company. We are not dumb.

“Jangan lupa, isu lelaki solat Jumaat memang serius. Di kala orang tengah solat Jumaat pun, masih ada dewasa yang lepak atas motor tepi masjid sambil hisap rokok dan tak solat Jumaat. Oleh itu, tahniah kerajaan Terengganu,” tulis di Instagram miliknya.

Semalam, pihak pengurusan myBurgerLab dalam satu kenyataannya berkata, perkhidmatan Andrew selaku COO syarikat itu ditamatkan.

Syarikat itu turut menegaskan pihak myBurgerLab tidak berkongsi pandangan Andrew yang menimbulkan kemarahan, kekecewaan masyarakat Islam selain menekankan bahawa kenyataan itu bertentangan dengan nilai syarikat.

“Kami mengambil tanggungjawab penuh ke atas kelalaian ini dan mengutuk sebarang bentuk diskriminasi atau tindakan yang tidak menghormati agama.

“Kami berdiri teguh bersama komuniti Islam kami. Kepada semua yang terkesan, kami menyampaikan permohonan maaf yang tulus ikhlas,” menurut kenyataan itu.

Susulan kejadian itu, pihak myBurgerLab turut memaklumkan akan menyemak dasar dalaman dan melaksanakan latihan sensitiviti budaya bersama pakar termasuk pegawai dari Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).

Terdahulu, Andrew memohon maaf kerana mengkritik langkah kerajaan Terengganu mengenakan denda terhadap lelaki Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat tanpa alasan munasabah.

Selepas menerima kecaman daripada warganet di platform X, Andrew berkata beliau ‘amat kesal’ dengan kenyataannya, sambil mengakui bahawa ia menyinggung perasaan masyarakat Islam.

“Ia adalah satu tindakan yang tidak berfikir panjang dan saya bertanggungjawab sepenuhnya. Nilai saya berteraskan rasa hormat dan keterangkuman tetapi dalam hal ini saya sudah gagal,” katanya.

Andrew dilaporkan menulis komen di laman media sosial miliknya berhubung denda yang dikenakan terhadap lelaki Islam yang tidak solat Jumaat di Terengganu.

“Perlahan-lahan tapi pasti Malaysia akan diambil alih oleh ekstremis. Kita akan jadi seperti Iran selepas revolusi. Apa yang berlaku hari ini dan itu pasti menakutkan orang ramai,” tulisnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Buat kenyataan bodoh..minta maaf..buat lagi minta maaf, buat lagi minta maaf…sampai bila??? Peratusan pelakuan yg dibuat boleh menggambar kaum dan agama mana yg ekstrim dan prajudis..

  2. Buat salah,komen yang mengguris orang Islam patut di kenakan tindakan.Saya setuju Andrew di heret ke masjid untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam di Malaysia supaya menjadi pengajaran kepada mereka yang bukan Islam supaya tidak mengkritik dan menghina orang Islam. Sultan dan raja patut bertindak tegas mempertahankan maruah Islam supaya tidak akan berlaku lagi penghinaan kepada agama Islam di masa akan datang.

Comments are closed.