Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuching iaitu kedua-dua pihak secara bersama memohon supaya prosiding pendengaran ditangguhkan selama sebulan.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata penangguhan itu diberikan bagi membolehkan rundingan yang sedang berlangsung di antara kedua-dua pihak dapat diteruskan.

“Pihak yang terlibat masih dalam rundingan dengan tujuan untuk mencapai penyelesaian,” katanya.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast