Bong Kai Cen yang ditemui selamat dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan. foto Bomba Channel

KUCHING: Seorang kanak-kanak lelaki autisme yang dikhuatiri hilang berhampiran anak sungai di Jalan Kim Chu Sin pada petang kelmarin dijumpai selamat pada jarak 200 meter dari kawasan tebingan sungai pada jam 5.15 petang semalam.

Menurut Ketua Pis Daerah Padawan Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, mangsa yang dikenali sebagai Bong Kai Cen berusia 6 tahun dijumpai selamat oleh orang awam pada jarak 500 meter dari lokasi selipar mangsa dijumpai sebelum itu.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut,” katanya.

Polis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pasukan yang terlibat dalam operasi dan menyelamat serta orang awam yang turut serta dalam usaha pencarian mangsa sejak petang kelmarin.

Dalam insiden yang berlaku pada jam 4.15 petang itu, mangsa dikatakan keluar dari rumah yang mana ahli keluarga mangsa telah cuba berusaha mencari keberadaan mangsa, namun menemui jalan buntu sebelum laporan polis dibuat bagi mencari mangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast