Pegawai kanan gred Jusa B DBKL, pengarah syarikat dan seorang pemilik syarikat dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman.

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan gred Jusa B yang berkhidmat di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), seorang pemilik syarikat dan seorang pengarah syarikat direman empat hari kerana disyaki terlibat rasuah sejak 2014.

Permohonan reman yang dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi dibenarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Menurut sumber, tiga suspek lelaki berusia lingkungan 40 hingga 50-an masing-masing ditahan di DBKL, Pejabat SPRM Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang sekitar jam 12 tengah hari semalam hingga 1 pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/08/25/pegawai-pbt-gred-jusa-b-antara-tiga-individu-ditahan-sprm/

“Ketiga-tiga suspek dipercayai terlibat rasuah sejak 2014 di mana suspek berjawatan pemilik syarikat terbabit dipercayai telah membayar rasuah kepada pegawai berkenaan sebagai balasan membantu mendapatkan projek di agensi terbabit.

“Susulan tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek, SPRM turut menyita wang tunai lebih RM200,000, empat peranti telekomunikasi, dua unit kenderaan jenis Lexus RX500H serta Mini Cooper, beg tangan serta kasut berjenama Hermes dan Louis Vuitton,” katanya.

Sumber berkata, SPRM juga telah membekukan 19 akaun perbankan milik individu serta syarikat melibatkan nilai lebih RM7 juta.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Semalam MalaysiaGazette melaporkan, SPRM telah menahan tiga individu melibatkan seorang pegawai kanan gred Jusa B yang berkhidmat di agensi pihak berkuasa tempatan (PBT), seorang pemilik syarikat dan seorang orang awam kerana disyaki terlibat rasuah sejak 2014. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast