KUALA LUMPUR – Pergerakan penumpang udara mencatat peningkatan sebanyak 11.4 peratus bagi tempoh separuh pertama tahun ini, didorong terutamanya oleh pengunjung antarabangsa dari China dan India.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, perkembangan itu dilihat hasil daripada dasar kerajaan yang memberikan pengecualian visa pelancong kepada rakyat China dan India.

“Trend sektor penerbangan negara terus berkembang pada separuh pertama tahun ini iaitu dari Januari hingga Jun berbanding tempoh yang sama tahun lalu,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan  Mesyuarat Majlis Perundingan Penerbangan Kebangsaan (NACC) Tahun 2025.

Sementara itu Anthony berkata, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) turut membentangkan projek-projek pembangunan dan penambahbaikan lapangan terbang yang sedang dijalankan.

Antaranya adalah Lapangan Terbang Kota Bharu, yang dijangka siap pada Febuari tahun depan.

Selain itu katanya, Lapangan Terbang Tawau, Sabah dan Miri Sarawak juga akan ditambah baik.

“Justeru itu kita juga memberikan fokus, kepada peningkatan lapangan-lapangan terbang dalam negara.

“Selain Lapangan Terbang Pulau Pinang yang akan ditambah baik, Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Ipoh dan Subang akan terus dilaksanakan,” katanya lagi.

Terdahulu Anthony berkata, mesyuarat NACC diadakan bagi membincangkan perkembangan terkini sektor penerbangan dalam negara dan hala tuju yang diaertai oleh syarikat-syarikat penerbangan dalam negara dan pemegang taruh selain Kementerian Pengangkutan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast