LONDON – Kelab gergasi Turki, Besiktas memecat Ole Gunnar Solskjaer selepas kekalahan mengejut kepada kelab Switzerland, Lausanne dalam aksi play-off Liga Konferens Eropah.
“Kontrak kami dengan pengurus Ole Gunnar Solskjaer telah ditamatkan selepas keputusan mesyuarat lembaga pengarah.
“Selepas mesyuarat itu, pengerusi kami, Serdal Adali mengucapkan terima kasih kepada Solskjaer atas khidmatnya setakat ini.
“Kami dengan penuh hormat mengumumkan perkara ini kepada pengetahuan umum,” kata Besiktas dalam satu kenyataan, hari ini.
Besiktas gagal mara ke saingan utama Liga Konferens selepas tewas 2-1 secara agregat kepada Lausanne.
Selepas seri pada aksi pertama di Switzerland, mereka dijangka menyempurnakan tugas di laman sendiri namun dikejutkan dengan kekalahan 1-0.
Musim lalu, dia membawa pasukan itu ke tangga keempat liga dengan menggunakan khidmat beberapa bekas bintang Liga Perdana Inggeris seperti Alex Oxlade-Chamberlain, Arthur Masuaku dan Gedson Fernandes.
Kekalahan ini lebih memeritkan kerana Lausanne dimiliki oleh syarikat INEOS, milik Sir Jim Ratcliffe yang juga pemilik baharu Manchester United.
Ketika ini, Lausanne berada di tangga kelapan Liga Super Switzerland. – Agensi















