Naran Singh

SEMENYIH – Peguam Datuk Naran Singh Ara Singh komited memperjuangkan keadilan untuk Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin meskipun Kementerian Pertahanan sebelum ini menafikan wujudnya kecederaan.

Beliau berkata, sebab itu pihak keluarga berpuas hati apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam memberi kebenaran untuk menggali semula kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) sebelum menjalani proses bedah siasat kedua.

“Yang kita puas hati ini sebab, ini nampak kecederaan, saya sudah edarkan gambar-gambar berkenaan mata lebam, hidung berdarah, di bahagian dada ada luka-luka.

“Jadi macam mana Menteri Pertahanan jawab, tiada kecederaan, itu yang kita sedih sedikit, tapi kita akan teruskanlah perjuangan kami sehingga dapat keadilan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Jenazah Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin dibawa masuk ke dalam van jenazah selepas proses penggalian semula kubur pelatih Pasukan Latihan Pega ehkan bedah siasat kedua dilakukan dalam tempoh 14 hari bermula tarikh penggalian ketika di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu. Foto MUHAIMIN MARWAN, 28 OGOS 2025

Terdahulu proses penggalian semula kubur Allahyarham Syamsul Haris di Tanah Perkuburan Islam Kg Rinching Ulu, di sini yang bermula jam 8.45 pagi bagaimanapun selesai jam 9.22 pagi tadi.

Ketika ditanya tentang tempoh proses bedah siasat, Naran Singh berkata, pihaknya akur kepada arahan mahkamah agar ia dapat dilakukan secepat mungkin.

“Arahan mahkamah adalah secepat mungkin,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan ibu pelatih Palapes itu, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, berharap kubur anaknya dapat digali semula dalam tempoh 48 jam selepas perintah mahkamah dikeluarkan.

Pada 26 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan Syamsul Haris yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu di sini untuk digali semula.

Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Ummu Haiman.

Allahyarham Syamsul Haris meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi pada 28 Julai lalu selepas menjalani latihan di Lapang Sasar Tembakan Inokulasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram, Johor.

Bagaimanapun jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, di sini, 29 Julai lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast