Tentera Israel semasa operasi di Jenin di Tebing Barat yang diduduki. Foto AFP
LONDON – Britain telah menghalang pegawai Israel daripada menyertai pameran perdagangan pertahanan terbesarnya susulan peningkatan perang oleh rejim zionis itu terhadap Hamas di Gaza.
Perdana Menteri Keir Starmer pada bulan Julai lalu berkata, ia akan mengiktiraf negara Palestin jika Israel mengambil langkah untuk melegakan penderitaan di wilayah tersebut dan memenuhi syarat lain.
Kenyataan Starmer menimbulkan kemarahan kerajaan Israel.
Kementerian Pertahanan Israel berkata, susulan larangan itu, ia tidak menyertai pameran tersebut seperti yang dilakukan sebelum ini pada acara  Defence and Security Equipment International (DSEI) di London.
Namun, syarikat pertahanan Israel, seperti Elbit Systems, Rafael, IAI dan Uvision, masih boleh menyertai pameran berkenaan.
Tindakan Britain itu meneruskan langkah Perancis di Pameran Udara Paris tiga bulan lalu, apabila  menyekat meletakkan penghadang hitam pada pameran syarikat pertahanan Israel selepas mereka enggan mengeluarkan senjata serangan daripada pameran, mencetuskan tindak balas berang daripada Israel.
Jurucakap kerajaan Britain berkata, pada 29 Ogos keputusan kerajaan Israel untuk meningkatkan lagi operasi ketenteraannya di Gaza adalah salah.
“Hasilnya, kami mengesahkan bahawa tiada delegasi kerajaan Israel akan dijemput untuk menghadiri DSEI UK 2025.”
Israel menyifatkan keputusan Britain itu adalah “tindakan diskriminasi dan dikesali” dan “memperkenalkan pertimbangan politik yang sama sekali tidak sesuai untuk pameran industri pertahanan profesional”.
Pertunjukan empat hari itu, akan bermula pada 9 September, menampilkan delegasi negara dan syarikat swasta, yang mempamerkan kit ketenteraan dan senjata di Pusat Excel London.
DSEI dianjurkan setiap tahun oleh syarikat swasta, Clarion Defense and Security. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast