Tiga warga Myanmar ditahan bekerja di sangkar ikan tanpa pas yang sah.

GEORGE TOWN – Tiga pekerja sangkar ikan warga Myanmar ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang di perairan Batu Kawan, dekat sini, semalam selepas gagal mengemukakan pas sah.

Pengarahnya, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, mereka berusia dalam lingkungan 20 hingga 36 tahun ditahan di sangkar ikan pada kedudukan 2.4 batu nautika di perairan itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu berada di Malaysia tanpa memiliki pas yang sah,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambah Muhammad Suffi, kesemua kru telah ditahan dan diserah kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Pulau Pinang bagi siasatan lanjut.

“Pemeriksaan turut dilaksana pada sebelah pagi oleh bot peronda Maritim Malaysia terhadap beberapa buah sangkar ikan yang beroperasi di sekitar perairan itu,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast