Ibu pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes), Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45 bersama keluarga hadir di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 30 OGOS 2025.
KUALA LUMPUR – Jenazah  pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin akan dikebumikan sebaik sahaja bedah siasat selesai dijalankan.
Proses bedah siasat ke atas jenazah kini sedang dilakukan oleh pasukan forensik di Institut Perubatan Forensik Negara di Hospital Kuala Lumpur (HK) pada jam 9 pagi tadi.
Peguam, Datuk Naran Singh Ara Singh yang ditemui di Pusat Forensik HKL menjangkakan proses bedah siasat itu mengambil masa.
“Segala keputusan bedah siasat akan dimaklumkan,” katanya kepada media.
Turut hadir di HKL ibu Allahyarham, Ummu Haiman Bee Daulatgun dan ahli keluarganya.
Peguam, Naran Singh bercakap pada Ibu pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes), Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45 semasa hadir di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 30 OGOS 2025.
Mayat Allhayharham telah digali semula dan dibawa keluar dari Tanah Perkuburan Islam Kg Rinching Ulu semalam.
Proses menggali bermula jam 8.45 pagi dan selesai jam 9.22 pagi.
26 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada  memerintahkan kubur Syamsul Haris Shamsudin digali semula.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet selepas membenarkan permohonan ibu Allahyarham, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, supaya kubur digali semula untuk menyiasat kematian anaknya.
Ibu pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes), Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45 bersama keluarga hadir di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 30 OGOS 2025.
Menurut Bhupindar Singh, proses menggali semula kubur bertujuan membolehkan bedah siasat kedua dijalankan ke atas jasad Allahyaham.
Syamsul, 22, meninggal dunia ketika menjalani Latihan di Pusat Latihan Darat (PULADA) Skudai pada 28 Julai lalu.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Semenyih.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ini dilaporkan berkata, siasatan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui jawatankuasa siasatan mendapati tiada sebarang unsur penderaan dalam kematian pelatih berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast