BENTONG – Polis mengesahkan menerima dua laporan berkenan insiden pergaduhan yang dipercayai salah faham melibatkan seorang lelaki dan remaja berusia 15 tahun, hari ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.
“Dua laporan dibuat pada jam 12.06 tengah malam dan 12.37 tengah malam oleh kedua-dua mangsa terlibat.
“Ia berpunca daripada salah faham apabila remaja berkenaan menyangka anak lelaki yang berusia 42 tahun itu adalah adiknya sendiri berdasarkan fizikal dan pakaian,” katanya dalam kenyataan hari ini .
Susulan itu orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan kerana keterangan kedua-dua pihak telah diambil.
Sebelum, tular rakaman video berdurasi 15 saat memaparkan seorang polis meleraikan pergaduhan beberapa individu dipercayai berlaku di sebuah kompleks membeli-belah di Genting Highlands, di sini. – MalaysiaGazette
















