Bangunan Maybank di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Malayan Banking Bhd (Maybank) kini merupakan pemegang saham utama penyedia perkhidmatan minyak dan gas luar pesisir, Alam Maritim Resources Bhd.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Maybank berkata, sejumlah 85.38 juta saham biasa baharu Alam Maritim, mewakili 19.16 peratus kepentingan, telah diterbitkan kepada bank itu dan anak syarikat milik penuhnya, Maybank Islamic Bhd.

Langkah itu adalah selaras dengan skim pelan susunan di bawah Seksyen 366 Akta Syarikat 1965 pada harga terbitan 27.83 sen setiap satu.

Selain itu, 21.34 juta waran boleh cerai percuma Alam Maritim turut diterbitkan berdasarkan satu waran penyelesaian untuk setiap empat saham penyelesaian sebagai sebahagian daripada terma penyelesaian liabiliti yang ditanggung oleh Alam Maritim dan anak syarikat milik penuhnya, Alam Maritim (M) Sdn Bhd.

Sehingga 29 Ogos, pegangan saham langsung dan tidak langsung Maybank melalui Maybank Islamic masing-masing berjumlah 5.57 juta saham dan 79.81 juta saham. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast