KUALA LUMPUR – Selepas Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Larry Sng mencadangkan tidak bertanding di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang kini disandang wakil Pakatan Harapan (PH) menyebakan ada pemimpin partinya telah meletak jawatan.
Kelmarin PBM telah menerima peletakan jawatan termasuk Ketua Pemuda Negeri PBM, Jonehtan Matheus.
Ia disahkan oleh Ketua Pemuda Nasional PBM, Hanis Asmui dan menegaskan ia tidak memberi kesan kepada pihaknya pada Pilihan Raya Negeri akan datang dalam satu kenyataan.
Dua kerusi yang dimaksudkan Larry adalah DUN Kadamaian dipegang oleh Ewon Benedict, Presiden UPKO (Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu) yang juga Pengerusi PH Sabah manakala DUN Tanjong Papat oleh Frankie Poon Ming Fung daripada DAP.
Penarikan diri itu kerana tidak mahu PBM dilabel sebagai anti PH kerana mereka bersama membentuk kerajaan di peringkat nasional.
Menurut Hanis, satu-satunya kerusi dan calon parti dipersetujui untuk bertanding adalah DUN Bandau.
Wakil rakyatnya, Tuan Jupperi Lenson yang juga Pengerusi PBM Sabah bagaimanapun tidak akan bertanding semula di kawasan berkenaan.
“Sekiranya PBM memenangi PRN Sabah akan datang, kami bersedia untuk bersama-sama dengan kerajaan negeri baharu bagi memastikan kestabilan politik,” ujarnya. – MalaysiaGazette
















