Penunggang motosikal yang terperosok di bawah sebuah kereta di Lebuhraya Latar, hari ini. Foto JBPM Selangor.

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut selepas terperosok di bawah sebuah kenderaan di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR) pagi tadi.

Mangsa yang maut, Muhammad Tuah Mohd Tarmizi, 33, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 6.28 pagi.

“Menurut komander operasi, kemalangan terbabit melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kelisa telah melanggar motosikal jenis Honda RS150.

“Mangsa ditemui terperosok di bawah kereta dan berjaya mengeluarkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Muhammad Tuah, manga disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, seramai enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi terbabit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast