Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar.

SHAH ALAM – Polis masih memburu suspek yang terlibat dalam kejadian serangan terhadap seorang saksi utama perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, di Petaling Jaya bulan lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan kes berkenaan masih dijalankan secara aktif dengan keterangan daripada ramai individu telah dirakam.

“Kes itu masih lagi aktif. Setakat ini kita sudah merakam keterangan lebih 10 individu bagi membantu siasatan serta mengenal pasti tujuan atau modus operandi kejadian tersebut.

“Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor masih meneruskan operasi mengesan suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Pada 6 Ogos lalu, media melaporkan seorang saksi utama dalam perbicaraan kes Guan Eng telah diserang sekumpulan 10 lelaki bersenjata yang menceroboh rumahnya di Petaling Jaya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast