Anjing yang dipercayai mencederakan seorang kanak-kanak di Taman Megah, Batu 9, Cheras Rabu lalu. Ihsan Foto : Orang awam

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) berjaya menangkap seekor anjing yang dipercayai mencederakan seorang kanak-kanak dalam kejadian di Taman Megah, Batu 9, Cheras, semalam.

PiMenurut MPKj, pasukan Unit Tangkapan Anjing Terbiar telah digerakkan ke lokasi sejurus kejadian tular di media sosial dan berjaya menangkap haiwan berkenaan.

“Bagi memastikan kesejahteraan serta keselamatan penduduk setempat, MPKj turut menghantar kakitangan bagi menjalankan siasatan di premis pemilik anjing hari ini.

“Selain itu, kawalan dan tangkapan anjing berkeliaran di kawasan sekitar dilaksanakan.

“Laporan polis juga telah dibuat oleh waris kanak-kanak terbabit dan kes kini masih dalam siasatan pihak polis,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut kenyataan itu, anjing tersebut telah dibawa ke Pusat Tahanan Haiwan MPKj untuk diasingkan sementara siasatan dijalankan.

MPKj juga akan mendapatkan pandangan teknikal daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Hulu Langat bagi tindakan lanjut, ujarnya.

Dalam masa sama, MPKj menasihatkan pemilik anjing supaya tidak melepaskan haiwan peliharaan mereka tanpa pengawasan kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam.

“Bagi pemilik yang tidak lagi berhasrat memelihara anjing, mereka boleh menyerahkan haiwan tersebut kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO). MPKj juga boleh dihubungi sekiranya memerlukan maklumat lanjut,” tambah kenyataan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast