Muhammad Kamil Ibrahim berpendapat kejayaan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Ketua Menteri dan Gabenor (CMGF) Indonesia–Malaysia–Thailand Growth Triangle (IMT-GT). di Thailand sejak 2 September lalu merupakan pengiktirafan antarabangsa kepada negeri ini

KUANTAN – Kepimpinan dan kejayaan Pahang mengemudi Malaysia di pentas ASEAN sempena Forum Ketua Menteri dan Gabenor (IMT-GT) di Trang, Thailand merupakan satu pengiktirafan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Muhammad Kamil Ibrahim berkata, tanggungjawab besar yang diamanahkan kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengetuai delegasi negara bukan soal nama atau kedudukan.

Sebaliknya itu signal jelas bagaimana Pahang kini semakin diyakini dan diberi ruang untuk bersuara di peringkat serantau, katanya.

”Hakikatnya, Pahang bukan lagi negeri sederhana. Di bawah pentadbiran sekarang, negeri kita sedang meningkat naik dari pembangunan infrastruktur, pelaburan industri sampailah kepada pelancongan dan pemuliharaan alam.

“Keupayaan Pahang makin menyerlah malah seiring dengan negeri-negeri maju lain dalam rantau ini.

”Apa yang Tok Wan bawa ke forum itu pun ada asas. Isu transformasi digital, pembangunan mampan, projek ECRL, Gebeng sebagai Taman Perindustrian Halal, industri tenusu dan wagyu semua itu bukan angan-angan, tapi strategi untuk menjadikan Pahang berdaya saing dan kekal relevan dalam arus global,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Dalam masa sama, tindakan Wan Rosdy mempromosikan Visit Pahang 2026 dan usaha Geopark Lipis ke UNESCO menunjukkan keseimbangan antara ekonomi, pelancongan, budaya dan kelestarian alam.

Ia sekaligus sebagai menterjemah agenda Pahang 1st membangun tanpa lupakan akar, maju tanpa abaikan rakyat, katanya.

Susulan itu rakyat diseru supaya bijak menilai dan jangan pilih berdasarkan emosi atau janji manis, sebaliknya melihat pada bukti dan hala tuju yang sedang berjalan.

”Rakyat perlu faham, ini bukan cerita politik semata-mata. Ini realiti bahawa Pahang sedang bergerak ke depan. Kalau negeri jatuh ke tangan yang salah, semua usaha dan perancangan ini boleh tergadai,” katanya.

Muhammad Kamil berpendapat sebagai negeri yang berpotensi besar dan tugas rakyat ialah memastikan ia terus meningkat bukan mundur ke belakang selain membantu menaikkan nama negeri dan tanah air. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN :

Wan Rosdy ketuai delegasi negara CMGF di Thailand

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast