Ahli Jawatankuasa Pusat MIC (CWC) merangkap Ketua Biro Media Nasional, Siva Subramaniam.

KUALA LUMPUR – MIC memberi amaran kepada Barisan Nasional (BN) supaya segera melakukan reformasi dalaman atau berisiko kehilangan salah satu rakan komponennya yang paling lama.

Ketua Biro Media MIC Kebangsaan, L Siva Subramaniam menegaskan, parti itu tidak lagi sanggup menjadi ‘pemerhati bisu’ dalam gabungan yang menurutnya semakin meminggirkan suara komuniti India di negara ini.

“Cukup sudah. MIC menuntut reformasi segera dan ketara dalam BN. Kami menuntut hak yang setimpal untuk mencorak masa depan bangsa dan negara, bukan sekadar menjadi alat simbolik atau ‘token’ politik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam nada amaran,  Siva Subramaniam berkata, jika BN gagal menawarkan kuasa politik yang sebenar termasuk kedudukan dalam Kabinet dan ruang sewajarnya untuk menyuarakan kepentingan masyarakat India, MIC akan mempertimbangkan langkah drastik meninggalkan gabungan itu.

“Kami tidak boleh lagi menunggu janji kosong atau duduk di tepi tanpa kuasa sebenar. Masa untuk BN bertindak sudah tamat. Ini bukan ugutan kosong, tetapi amaran jelas bahawa kesabaran kami ada hadnya,” tegasnya.

Menurut Siva, desakan ini selaras dengan suara akar umbi yang tidak mahu terus dipinggirkan, sambil menambah, keputusan muktamad berhubung kedudukan MIC dalam BN bakal ditentukan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti akan datang.

“Reformasi atau perpisahan. MIC berdiri bukan sahaja untuk mempertahankan hak komuniti India Malaysia tetapi untuk memastikan suara kami didengar dan dihormati dalam arus politik negara,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. ingatlah MIC dan sedarlah diri
    jangan nak lebih lebih dan naik lemak. UMNO dah terlalu baik dan tolak ansur memberi kawasan majoriti Melayu dan memenangkan calon MIC pada setiap kali pilihanraya. kamulah yang perlu reformation dan insaf

  2. Alahai…tak sedar diri punya manusia..ko ada MP pun atas ihsan UMNO…bertanding di kawasan Melayu..kau tu tak menyumbang apa pun kepada BN..semua calon ko kalah teruk…lagi mau berlagak..

  3. MIC beri kata dua kepada UMNO…Nak gelak ke nak Nangis ni..Parti kamu tu hidup macam MELUKUT TEPI GANTANG..Macam rumput tepi jalan, Hidup segan mampus tak mahu..baik pergi beli besi buruk..kalau terjumpa CERMIN , tilik dan tengkuk ATAS BAWAH adakah badan (parti) kamu cukup TINGGI nak TEGAK. LALANG yg patut dibakar atau diracun biar akar pun mati sekali.

  4. Bagus jika MIC & MCA keluar…selama ini kedua-dua parti ini tidak memberikan apa-apa kebaikan kerana mereka menang di kerusi yang disokong oleh orang melayu.
    Seperti membawa biawak hidup kerana gerakerja semasa pilihanraya amat mendukacitakan oleh kedua-dua parti tersebut iaitu MIC & MCA.
    Adakah mereka akan diberi kerusi yang didokongi oleh orang melayu dalam PN?
    Adakah mereka berani bertanding ditempat DAP/PH?

Comments are closed.