Tunku Mahkota Ismail bertitah merasmikan persidangan DUN ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri hari ini.

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengakui banyak perubahan berlaku sejak bertitah supaya ekonomi, pendidikan, infrastruktur dan penjagaan kesihatan dipertingkatkan agar Bangsa Johor dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

Jelas baginda, titah tersebut diucapkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini selepas pertama kali menjadi Pemangku Sultan Johor.

Menurut Tunku Mahkota Ismail dalam satu kenyataan hari ini, berikut merupakan merupakan pencapaian Johor sejak titah ucapan tersebut:

Ekonomi

1. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) Johor tahun 2024 mencatat pertumbuhan 6.4 peratus yang merupakan tertinggi di Malaysia dan melebihi purata nasional (5.1 peratus).
2. Johor mencatat nilai pelaburan yang diluluskan berjumlah RM56 billion pada suku kedua tahun 2025, yang merupakan angka tertinggi dalam negara.
3. Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah berjaya dimeterai pada 6 Januari 2025 yang mensasarkan 50 projek dan 20,000 peluang pekerjaan mahir dalam tempoh lima tahun.
4. Penubuhan Invest Malaysia Facilitation Centre-Johor (IMFC-J) yang sehingga Ogos 2025 telah menerima 73 potensi pelaburan bernilai RM27.33 billion.
5. Sehingga suku kedua 2025, 42 projek pusat data dengan nilai pelaburan berjumlah RM164.45 billion telah diluluskan yang menjana 6,000 peluang pekerjaan.
6. Hasil negeri Johor pada 2024 buat pertama kalinya melepasi angka RM2 billion dengan terimaan sebenar RM2.1 billion berbanding unjuran awal RM1.9 billion.
7. Seramai 4,378 ketua isi rumah miskin tegar bagi fasa pertama berjaya disifarkan pada 31 Julai 2024.

Pendidikan

1. Kerajaan Negeri telah melancarkan Sekolah Rintis Bangsa Johor dan sejumlah RM27 juta telah diperuntukkan untuk penambahbaikan infrastruktur, pengoperasian, sesi libat urus latihan intensif ‘upskilling’ guru-guru.

2. Transformasi Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KPYJ) – Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan dinaik taraf dengan peruntukan RM3.8 juta di mana projek ini dijadualkan siap pada Disember 2025.
3. Tiga pelajar sulung yang menerima Biasiswa Orang Muda Johor telah berjaya menempatkan diri di universiti terkemuka dunia.
4. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota Puteri 2, Pasir Gudang yang merupakan Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) meraih kejayaan dalam pertandingan inovasi Global Link Singapore 2025 di Nanyang Technological University pada 26 dan 27 Julai 2025.
5. Seramai 212 guru telah dihantar menjalani latihan secara berperingkat di National Institute of Education (NIE), Singapura, sebagai persediaan pelaksanaan Sekolah Bangsa Johor di empat sekolah rintis yang akan bermula pada 17 Februari ini.

Infrastruktur

1. Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru kini telah mencapai 99.48 peratus siap dan perkhidmatan Projek Landasan Berkembar Elektrik (ETS) telah diperluaskan ke daerah Kluang pada 30 Ogos 2025 dan seterusnya dijadualkan sehingga ke Johor bahru pada Disember 2025.
2. Projek Johor Bahru-Singapore Rapid Transit Link (RTS Link) telah mencatat tahap kemajuan yang mengikut jadual dan dijangka siap sepenuhnya mengikut jadual pada Disember 2026.
3. Projek Lebuhraya Utara Selatan Fasa 1 Pakej A dari Senai Utara ke Kulai telah pun bermula pada Jun 2024 dan dijadualkan siap pada Jun 2027.
4. Projek Lebuhraya Utara Selatan Fasa 1 Pakej B dari Kulai ke Sedenak telahpun bermula pada Jun 2025 dan dijadualkan siap pada Disember 2027.
4. Projek menaik taraf Lebuhraya Senai-Desaru Fasa 1 telahpun bermula pada November 2024 dan dijadualkan siap pada April 2027.
5. Kelulusan projek infrastruktur bekalan air berjumlah RM991 juta dengan kapasiti 260 MLD telah meningkat kesediaan Johor untuk terus menerima pelaburan berkualiti tinggi termasuk pusat-pusat data yang akan menjayakan agenda untuk menjadikan Johor sebagai Hab Kecerdasan Buatan (AI).

Penjagaan Kesihatan

1. Penyiapan Hospital Pasir Gudang dan dijadualkan untuk beroperasi sepenuhnya pada Mac 2026.
2. Kerajaan Negeri telah mengeluarkan peruntukan untuk menaiktaraf empat klinik kesihatan (KK) yang kritikal iaitu KK Gelang Patah, KK Majidee, KK Tebrau dan KK Sultan Ismail.
3. Kerjasama Sukarelawan Southern Volunteers (SV) di mana seramai 21 SV ditempatkan di HSA bagi membantu kelancaran perkhidmatan di wad kecemasan HSA.
4. Sumbangan 985 katil pesakit bagi kegunaan hospital-hospital Kerajaan melalui sumbangan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
5. Hospital Pakar KPJ Johor Specialist Hospital (JSH) telah mencipta sejarah dengan kejayaan melaksanakan pembedahan bantuan robotik – suatu pencapaian dalam memperkukuh daya saing dalam kesihatan berteknologi tinggi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast