KUALA LUMPUR – Nama pelakon terkenal, Nora Danish kembali menjadi perhatian susulan dakwaan kononnya beliau telah menemui pengganti selepas dikaitkan dengan seorang lelaki berkopiah putih berinisial huruf ‘M’.
Spekulasi itu tercetus selepas beberapa rakaman video di TikTok memaparkan individu dikenali sebagai Mickey Ayo berpakaian lengkap baju Melayu putih.
Ini sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai kemungkinan akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Video yang dimuat naik menerusi akaun @sampin.exclusive itu turut memaparkan sekeping kad tertera huruf ‘M’ dan ‘N’ bersama tarikh 8 September 2025.
Tinjauan mendapati empat video telah dimuat naik dengan kapsyen berbentuk luahan perasaan dipercayai milik Mickey antaranya, “Dua kali janji terputus, tapi hati ini masih berani mencuba sekali lagi. Mungkin kali ini, janji sampai ke pelamin.
“Tidak semua cinta bermula dengan kosong. Ada yang bermula dengan luka tapi berakhir dengan doa.
“Ini bukan kali pertama sarung baju nikah, tapi harap ini jadi yang terakhir,”
Sehingga kini, Nora Danish dan Mickey Ayo belum memberikan sebarang penjelasan rasmi berhubung status hubungan mereka.
Dalam masa sama, ada juga pengguna media sosial yang berpendapat video berkenaan hanya sekadar gimik pemasaran jenama sampin terbabit. – MalaysiaGazette
















