Logo halal Jakim.

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan isu memperluaskan pensijilan halal kepada aspek pentadbiran negara tidak berbangkit kerana perkara itu telah ditangani melalui mekanisme berautoriti sedia ada.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, pensijilan halal merupakan proses rasmi negara bagi menjamin keyakinan umat Islam terhadap industri halal yang sentiasa mematuhi piawaian syariah, namun ia tidak perlu dikaitkan dengan urusan tadbir urus negara.

“Dalam konteks tadbir urus negara, tanggungjawab membanteras rasuah, memperkukuh integriti dan memastikan keadilan terlaksana merupakan mandat semua jabatan dan kementerian.

“Komitmen ini sejajar dengan arahan Perdana Menteri supaya setiap agensi meningkatkan integriti nasional serta tadbir urus negara yang telus dan beramanah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, Islam melalui al-Quran dan sunnah dengan jelas mengharamkan rasuah, salah guna kuasa dan pengkhianatan amanah.

“Kami akan berterusan menyampaikan mesej moral dan syariah melalui khutbah Jumaat, program pembangunan ummah, kempen kesedaran serta pelbagai medium dakwah termasuk media baharu dan konvensional.

“Fokus utama JAKIM adalah memastikan pensijilan halal kekal unggul di samping memperkukuh peranan dakwah serta pendidikan dalam menegaskan larangan syariah terhadap rasuah dan salah guna kuasa,” tambahnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Perluas sijil halal kepada pentadbiran negara, bukan hanya makanan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast