Promosi tambang ke Cebu, Filipina
KUALA LUMPUR – AirAsia hari ini melancarkan Cebu sebagai hab baharu di Filipina, bakal memperkukuh lagi kedudukannya sebagai syarikat penerbangan tambang rendah paling pesat berkembang di negara itu.
Cebu menjadi hab kedua selepas Manila sebagai hab operasi utama bagi AirAsia Filipina (kod penerbangan Z2), membolehkan syarikat penerbangan itu memperluas rangkaian ke lebih banyak destinasi domestik dan antarabangsa.
Bagi para pengembara dari Malaysia, langkah ini menawarkan laluan sambungan lebih lancar ke wilayah Visayas dan Mindanao, serta akses lebih mudah ke destinasi percutian popular seperti Bohol, Cagayan de Oro dan Davao.
Penerbangan dari hab ini dijadualkan akan berlepas pada 15 November 2025.
AirAsia Filipina akan mengendalikan penerbangan Cebu-Kuala Lumpur-Cebu (14x seminggu), Cebu-Davao-Cebu (18x seminggu), Cebu-Caticlan-Cebu (11x seminggu), Cebu-Iloilo-Cebu (4x seminggu) dan Cebu-Macao-Cebu (3x seminggu).
Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia, Amanda Woo berkata, pembukaan semula hab Cebu menandakan komitmen kukuh Kumpulan AirAsia terhadap Filipina dengan meneroka pintu masuk baharu yang bakal memacu peluang ekonomi besar.
Ini membolehkan para pengembara dari bahagian selatan negara tersebut mendapat akses terus ke lebih 130 destinasi merentasi Asean, Asia Utara dan Eropah melalui mega hab kami di Kuala Lumpur.
Melalui hab baharu ini, para tetamu AirAsia kini boleh menikmati laluan terus antara Cebu dan hab utama syarikat penerbangan itu di Malaysia iaitu Kuala Lumpur dengan tambang promosi bermula RM288 termasuk semua sehala.
Tambang termasuk semua sehala adalah untuk perjalanan sehala sahaja, termasuk caj perkhidmatan penumpang, caj perkhidmatan kawal selia, surcaj bahan api, dan yuran lain yang berkenaan.
Tempoh tempahan bagi tambang ini bermula daripada sekarang hingga 21 September 2025 untuk tempoh perjalanan antara 15 November 2025 dan 28 Mac 2026.
Selain itu, para pengembara dari Cebu juga dapat mengakses wilayah China dengan tambang mampu milik melalui sambungan terus ke Macao.
Bermula sekarang hingga 21 September 2025, para tetamu boleh menempah penerbangan terus melalui aplikasi MOVE dengan tambang termasuk semua* sehala bermula PHP904 untuk tempoh perjalanan antara 15 November 2025 dan 28 Mac 2026.
Tambang promosi ini merangkumi laluan baharu yang dibuka semula dari Cebu, termasuk Iloilo, Caticlan dan Davao.
Terletak di tengah-tengah wilayah Visayas, Cebu merupakan hab utama bagi AirAsia di Filipina, berfungsi sebagai pintu masuk penting ke wilayah tengah dan selatan negara itu.
Dengan kesalinghubungan yang lancar ke pulau-pulau indah seperti Bohol, Siquijor dan Dumaguete, Cebu adalah pilihan yang terbaik untuk pengembaraan pulau, menikmati alam semula jadi serta pengalaman menerokai kekayaan warisan yang ditawarkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast