Perkongsian terbaharu di Instagram Stories milik Mickey Ayo yang memaparkan dirinya bersama pelakon popular, Nora Danish.

KUALA LUMPUR – Perkongsian terbaharu di Instagram Stories milik Mickey Ayo yang memaparkan dirinya bersama pelakon popular, Nora Danish mencuri perhatian netizen.

Dalam hantaran itu, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 43, dilihat mengambil swafoto bersama Mickey di hadapan sebuah premis sambil tersenyum ke arah kamera.

Penampilan Nora yang serba hitam dengan gaya ‘peace’ dan Mickey pula kasual tanpa lengan menjadi bualan warganet, apatah lagi perkongsian tersebut turut diiringi lagu Surat Hati nyanyian Devano.

Penggunaan lagu itu mengundang pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka selepas sebelum ini timbul dakwaan aktres berkenaan rapat dengan seorang duda beranak dua yang dipercayai Mickey.

Terdahulu, tular sebuah video promosi jenama tempatan memaparkan Mickey lengkap berbaju Melayu dan sampin bersama kad kahwin bertulis huruf ‘M’ dan ‘N’ serta tarikh 8 September 2025.

Namun, Nora tampil menafikan khabar angin tersebut dengan menjelaskan ia hanyalah sebahagian daripada kempen pemasaran jenama berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast