Rafizi Ramli dan Tuan Ibrahim Tuan Man selesaikan saman di luar mahkamah.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Rafizi Ramli bersetuju untuk menyelesaikan saman sivil yang difailkan Timbalan Presiden Pas itu pada 2022, di luar mahkamah.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, Tuan Ibrahim memaklumkan beliau setuju untuk menarik balik saman sivil berhubung kenyataan Rafizi mengenai keterlibatan Ahli Parlimen Kubang Kerian itu dalam penganugerahan projek tebatan banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 billion kepada Mangkubumi Sdn Bhd.

“Untuk mengelakkan dari perkara ini berpanjangan, atau persoalan yang ditimbulkan oleh YB Rafizi disalahertikan oleh orang awam atau menimbulkan salah faham terhadap YB Tuan Ibrahim Tuan Man, YB Rafizi dengan ini bersetuju untuk menurunkan kesemua posting di media sosial di bawah kawalan YB Rafizi yang bersabit dengan perkara ini,” kata kenyataan tersebut.

Tambahnya, Tuan Ibrahim dan Rafizi sependapat bahawa sebarang perselisihan atau salah faham yang berlaku dalam tindakan saman tersebut wajar diketepikan demi kepentingan awam, keharmonian masyarakat dan kestabilan politik negara. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Tuan Ibrahim saman Rafizi

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast