KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) menolak tuntutan memansuhkan program matrikulasi kerana langkah tersebut akan mengurangkan peluang akses kepada pendidikan.

Malah, kata majlis itu, ia mencerminkan kepentingan jangka
panjang pembangunan pendidikan negara.

Sehubungan itu, MPPK menerusi kenyataan menegaskan pendirian program matrikulasi perlu dikekalkan.

“MPPK percaya setiap laluan pendidikan yang dirangka
kerajaan sama ada matrikulasi, asasi, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mahu pun Pendidikan dan Latihan Teknikal an Vokasional (TVET) mempunyai peranan tersendiri dalam melahirkan mahasiswa berkualiti kerana memberi pilihan yang lebih luas kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut kecenderungan dan potensi masing-masing.

“Ia juga bagi memastikan akses pendidikan yang adil dan inklusif untuk semua,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, program matrikulasi terbukti memainkan peranan besar dalam menyediakan landasan yang efektif bagi melahirkan mahasiswa cemerlang serta menampung keperluan tenaga mahir negara.

Tambahnya, majlis itu turut MPPK mengecam sebarang tindakan, desakan atau pendekatan yang berisiko menjejaskan kesejahteraan mahasiswa serta mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, setiap isu pendidikan perlu dibincangkan secara rasional dan profesional.

“Hanya melalui pendekatan yang matang, progresif dan berpandangan jauh, barulah keharmonian masyarakat serta
perpaduan negara dapat terus dipelihara.

“Sehubungan itu, MPPK menyeru agar perbincangan mengenai masa depan pendidikan dilaksanakan dengan semangat keterangkuman, keadilan dan kesaksamaan,” tambahnya.

Sebagai rekod, Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) hari ini mendesak supaya program matrikulasi dimansuhkan dan silibus STPM dijadikan piawaian tunggal untuk kemasukan ke universiti awam (UA). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast