Polis sedang mengesan Nurfatin Auni Mohamad Kobli, 15, yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Desa Delima, Gerik sejak Khamis. Foto IPD Gerik.

GERIK – Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Desa Delima di sini sejak Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad Othman berkata, remaja terbabit dikenali sebagai Nurfatin Auni Mohamad Kobli, 15, kali terakhir dilihat berada di bilik tidurnya sebelum disedari hilang pada pukul 6.30 pagi semalam.

“Bapanya telah membuat laporan polis selepas menyedari ketiadaan anak perempuannya itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, remaja itu mempunyai ketinggian kira-kira 150 sentimeter, berkulit kuning langsat, berbadan sederhana, memakai kaca mata serta berambut paras bahu.

“Difahamkan, remaja terbabit masih bersekolah,“ ujarnya.

Sehubungan itu, beliau orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Nurulhuda Rahim di talian 010-9220079 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik di talian 05-7912222 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast