Dr. Mohd Azam Ahmad.

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan telah menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk syarikat korporat, yayasan dan orang perseorangan untuk
tujuan penyelenggaraan institusi pendidikan.

Bagaimanapun, ia perlu dilakukan berdasar kepada garis panduan sedia ada bagi memastikan proses penyaluran sumbangan yang teratur dan keselamatan sekolah, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd Azam Ahmad dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, KPM mengambil tanggungjawab penuh dalam memastikan sekolah adalah selamat dan selesa untuk semua warga sekolah.

“Adalah menjadi tanggungjawab pentadbir sekolah untuk terus memastikan keadaan sekolah berada dalam keadaan kondusif,” ujarnya yang mengambil perhatian hantaran tular media sosial melibatkan seorang pempengaruh berkait tajaan penyaman udara untuk sebuah sekolah di Putrajaya.

Berkenaan dengan situasi di sekolah berkenaan, ia berada dalam tindakan pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP).

Tambah beliau, KPM telah menyediakan peruntukan bagi selenggara dan tambah baik fasiliti institusi pendidikan JPWPP dan sentiasa berusaha untuk memastikan infrastruktur dan fasiliti terbaik dapat disediakan demi manfaat murid, guru dan seluruh warga pendidikan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast