Datuk Mahfuz Omar.

KUALA LUMPUR – Perebutan jawatan Perdana Menteri dalam kalangan pimpinan Perikatan Nasional (PN) tidak akan menyelesaikan masalah rakyat yang berdepan tekanan kos sara hidup dan isu ekonomi.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar  berkata, kemelut dalaman PN jelas kelihatan apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala Muktamar Pemuda Pas pula mencadangkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Nama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Safwan Afnan turut disebut sebagai calon Perdana Menteri.

“Respon Pas menggambarkan seolah-olah parti itu mahu jawatan Perdana Menteri diberikan kepada Pas. 

“Jika dalam soal kepimpinan tertinggi pun PN gagal mencapai persefahaman, bagaimana mereka mahu diyakini mampu menawarkan kestabilan politik dan ekonomi kepada rakyat?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Mahfuz menegaskan, rakyat kini memerlukan pemimpin yang memberi fokus kepada isu mendesak seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan, pendidikan dan masa depan generasi muda bukan perebutan kuasa politik.

Beliau menyeru rakyat supaya menilai kemelut dalaman PN dengan bijaksana dan terus menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menurutnya telah membuktikan kesungguhan membela rakyat serta membangunkan negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast