Tabung derma dan kerusi bergelimpangan atas jalan dipercayai akibat dilanda ribut dan hujan lebat di sekitar pekarangan Kompleks Pas Kedah, Alor Setar awal pagi ini.

ALOR SETAR – Beberapa tabung derma atau “tin milo”, kerusi dan khemah keselamatan bergelimpangan atas jalan dipercayai akibat dilanda ribut dan hujan lebat di sekitar pekarangan Kompleks Pas Kedah, di sini, sejak awal pagi ini.

Tinjauan MalaysiaGazette seawal jam 6 pagi tadi mendapati, bekas plastik dan kotak kertas yang dijadikan tabung bukan sahaja jatuh bahkan bertaburan di sekitar kawasan tersebut yang bersebelahan sawah padi.

Turut kelihatan papan tanda parkir khas untuk Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dan beberapa pimpinan lain jatuh menyembah bumi di venue utama Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-71 itu.

MalaysiaGazette juga dimaklumkan seorang petugas keselamatan muktamar, ribut beserta hujan lebat yang datang dari arah sawah melanda kawasan Kompleks Pas Kedah kira-kira jam 4 pagi.

Bagaimanapun khemah-khemah pameran dan pelbagai jenis gerai jualan tidak terjejas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast