Mayat mangsa dijumpai pada jam 10.53 pagi ini dalam keadaan tersangkut pada ranting di tepi tebing sungai. - Foto Ihsan Polis

KUALA LUMPUR –  Seorang lelaki Orang Asli yang dilaporkan hilang selepas dipercayai lemas ketika mandi bersama rakannya di Sungai Cherandong dekat Kampung Orang Asli Buloh Telur, Kuala Kubu Baharu, ditemui pagi tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.36 pagi semalam sebelum sepasukan anggota bersama Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) digerakkan ke lokasi.

“Mangsa yang berusia 47 tahun dijumpai kira-kira jam 10.53 pagi tersangkut pada ranting di tebing sungai, kira-kira 300 meter dari lokasi asal dia mandi bersama rakan-rakan.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke hospital berhampiran bagi tujuan bedah siasat,” katanya.

Sehubungan itu, JBPM menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan mematuhi arahan keselamatan ketika melakukan aktiviti di kawasan sungai atau rekreasi air, terutama pada musim hujan yang berisiko menyebabkan arus deras. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast