Seorang pemuda maut selepas motosikalnya kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan, Kluang, malam tadi.

KLUANG – Seorang pemuda maut selepas motosikalnya terlanggar serpihan tayar lori sebelum kemalangan di kilometer 50.2 Lebuhraya Utara-Selatan, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian menghala ke arah utara itu berlaku pukul 8.15 malam.

“Siasatan mendapati motosikal jenis Yamaha 135C ditunggang lelaki tempatan berusia 28 tahun itu dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Batu Pahat.

“Semasa tiba di tempat kejadian motosikal tersebut dipercayai telah terlanggar serpihan tayar lori yang berada di lorong kiri dan hilang kawalan lalu terbabas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, penunggang terbabit mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

\Pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan tersebut untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Boleh juga menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang 07-7784222; direct line 07-7784256; hotline 07-7766822 dan tablet DCC 014-365682. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast