Kementerian Pendidikan Malaysia

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil serius kejadian tanah runtuh di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Sabah.

Insiden tersebut telah mengakibatkan kerosakan bahagian cerun dan beberapa blok bangunan yang telah ditutup dan tidak didiami sejak bulan Julai lalu atas arahan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah.

“Tiada kecederaan yang dilaporkan dalam kejadian ini. KPM mengambil langkah proaktif bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga IPG Kampus Gaya terpelihara.
Arahan pengosongan serta-merta bangunan kuarters yang terletak berdekatan dengan kejadian tanah runtuh telah dibuat.

“Tindakan segera lain turut diambil termasuk merobohkan blok bangunan terlibat bagi tujuan binaan baharu, menyewa premis luar berdekatan bagi memastikan aktiviti akademik dapat terus berjalan dan membina semula tangki air yang rosak,” katanya dalam kenyataan.

KPM juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada  Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji bin Haji Noor atas
keprihatinan beliau dan lawatan yang telah dilaksanakan di IPG Kampus Gaya hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast