KUALA LUMPUR – Jenama kecantikan antarabangsa, WOW Beauty memilih pusat beli-belah IOI City Mall Putrajaya sebagai lokasi pelancaran cawangan global ke-308 baru-baru ini.
Dengan menggabungkan produk penjagaan kulit terkenal serta jenama dari luar negara, WOW Beauty telah membangunkan sebuah ruang kecantikan generasi baharu.
Ia menawarkan pilihan jenama yang menyeluruh, pengalaman membeli-belah serta keseimbangan antara kemewahan premium dan harga berpatutan, kata Pengarah Operasi Global Wow Beauty, Eric He dalam kenyataan.
Pada bulan April lalu, WOW Beauty melangkah ke peringkat antarabangsa dengan kemunculan sulungnya di Kuala Lumpur yang segera menerima sambutan hangat.
Selepas lima bulan kajian mendalam dan penyesuaian budaya pihaknya mengorak langkah dengan pembukaan kedai konsep pertama di IOI City Mall Putrajaya, katanya.
“Di WOW Beauty, anda akan menemui lebih 300 jenama berkualiti tinggi dan popular serta berpeluang mendapatkan tren kecantikan global terkini lebih awal.
“Selain itu, beberapa produk Korea terlaris juga dibawa masuk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai,” katanya.
Bagi meraikan pembukaan cawangan IOI City Mall, pihaknya menawarkan promosi terhad dan pelanggan boleh menikmati solekan percuma oleh jurusolek profesional, menyertai pelbagai promosi jenama, menikmati hadiah dengan pembelian serta menemui lebih banyak kejutan di kedai, kata Eric.
Beliau berharap dari cawangan pertama hingga ke-309 di seluruh dunia bermula dari China ke seluruh Asia, WOW Beauty bakal menjadi destinasi kecantikan utama di rantau ini. – MalaysiaGazette
















