Polis menahan seorang lelaki selepas menyerang bapanya sebelum membakar rumah warga emas tersebut di Kampung Tengah, Jalan Bakri, Muar, semalam.

MUAR – Polis menahan seorang lelaki selepas menyerang bapanya dengan rotan dan pisau sebelum membakar rumah warga emas tersebut di Kampung Tengah, Jalan Bakri di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, sebuah kereta serta motosikal musnah turut musnah dalam kejadian yang berlaku pada pukul 9.43 pagi.

“Sebelum kebakaran, suspek telah memukul serta melibas bapanya yang berusia 70 tahun dengan rotan dan pisau sehingga menyebabkan kecederaan. Anggaran kerugian pula antara RM100,000 hingga RM150,000.

“Mangsa kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, suspek yang ditahan disahkan positif methamphetamine dan sedang menerima rawatan kerana kecederaan ringan.

Beliau memberitahu, suspek yang tidak bekerja dan berusia 32 tahun juga disyaki mempunyai masalah mental.

Menurut Raiz Mukhliz, kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa memantau ahli keluarga agar tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah yang boleh membawa kepada kejadian tidak diingini.- MalaysiaGazette

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast