Dapur sebuah pawagam dalam pusat belia-belah di Putrjaya mengalami kebakaran, pagi tadi.

PUTRAJAYA – Bahagian dapur sebuah pawagam di dalam pusat beli-belah di sini mengalami kebakaran di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pukul 10.08 pagi melibatkan dapur berkeluasan 600 meter persegi.

Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya tiba ke lokasi kejadian kira-kira 16 minit selepas menerima panggilan mengenai insiden tersebut.

“Kebakaran melibatkan dapur GSC panggung wayang di tingkat 3 berkeluasan 20×30 kaki persegi terbakar 30 peratus,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun Ahmad Mukhlis berkata, kebakaran itu padam sepenuhnya sebelum pihaknya tiba di lokasi kejadian dqn tiada sebarang laporan kecederaan kepada mangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast