Penyanyi dan komposer terkenal Bollywood, Zubeen Garg. Foto The Hindu.

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan komposer terkenal Bollywood, Zubeen Garg, 52, menemui ajal ketika menjalani aktiviti selam skuba di sini semalam selepas mengalami kesukaran bernafas ketika menyelam.

Dia diberi bantuan pernafasan (CPR) sebelum dikejarkan ke Hospital Besar Singapura namun disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Zubeen yang dijadualkan membuat persembahan pada edisi ke-4 North East Festival di Suntec Singapore Convention & Exhibition Centre hari ini.

Berita pemergian mengejut itu mengundang kesedihan mendalam peminat dan rakan seperjuangan, termasuk Perdana Menteri India, Narendra Modi.

“Beliau akan dikenang atas sumbangan besar kepada dunia muzik. Lagu-lagunya dekat di hati masyarakat dari pelbagai lapisan. Takziah buat keluarga dan para peminatnya. Om Shanti,” tulis Modi di X

Sementara itu, penganjur festival dalam kenyataan di Facebook mengumumkan acara itu dibatalkan.

“Kehilangan ini terlalu besar untuk digambarkan dengan kata-kata. Demi menghormati tragedi ini, kami membatalkan penganjuran festival,” kata mereka.

Zubeen mula mencipta nama menerusi lagu Ya Ali dalam filem Gangster (2006), selain popular dengan lagu Dil Tu Hi Bataa.

Dia juga aktif sebagai pelakon dan pengarah, antaranya menerusi filem Kanchanjunga, Mission China, Dinabandhu dan Mon Jai.
Selain seni, Zubeen dikenang kerana jasa kemanusiaan termasuk menukar kediamannya menjadi pusat rawatan ketika pandemik Covid-19, terlibat dalam usaha pemuliharaan alam sekitar, serta membimbing bakat muda di rantau timur laut India.

Menurut laporan NDTV, jasad beliau dijangka dibawa pulang ke India hari ini. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast