LANGKAWI – Polis melancarkan operasi mengesan seorang tertuduh kes narkotik yang melarikan diri dari mahkamah di sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata, Abas Saari, 22, dilaporkan melarikan diri dengan terjun dari tingkat dua bangunan mahkamah tersebut pada jam 11.35 pagi.
“Kejadian berlaku ketika lelaki itu selesai prosiding pendakwaan membabitkan kes narkotik terhadapnya.
“Suspek melarikan diri ketika tidak bergari dengan pakaian terakhir berupa baju-T putih dan seluar pendek berwarna jingga,” katanya di sini hari ini.
Orang ramai yang mengetahui mengenai lokasi suspek diminta menghubungi mana-mana balai terdekat atau Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi di talian 04-966 3999.
Kes disiasat di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette
















