Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki tempatan selepas menemui dadah disyaki ganja yang disembunyikan dalam kotak rokok miliknya di Ampang Jaya, Selangor, semalam.

Polis Daerah Ampang Jaya dalam kenyataan di laman Facebook berkata, suspek ditahan anggota Team Task Force Balai Polis Ampang ketika menjalankan rondaan cegah jenayah.

“Suspek yang bertindak mencurigakan cuba membuang kotak rokok di tangannya ketika polis mahu melakukan pemeriksaan.

“Pemeriksaan kotak rokok tersebut menemukan balutan kertas berisi ceraian daun kering dipercayai ganja seberat 0.65 gram,” katanya dalam kenyataan.

Hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau dan kini direman di Lokap Balai Polis Ampang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast